Friday, August 12, 2016

Juara Pertandingan Blog MPKj

Alhamdulillah, menang hadiah pertama Pertandingan Blog MPKj. 

Hadiah boleh tahan juga ni... boleh layan movie macam tengok kat wayang haha....


Wednesday, August 3, 2016

Amalan 5S MPKj

Fuhhh... tugasan yang dikira agak berat juga untuk tahun ini.  Jabatan Pelesenan & Penjaja telah dan sedang berusaha keras untuk membantu MPKj mendapat sijil 5S pada tahun ini. Zon Lubuk Manggis adalah nama zon bagi JPDP.


Berikut sedikit info amalan 5S MPKj bagi Jabatan Pelesenan dan Penjaja sepanjang tempoh pra-audit 5S ini.

Semoga MPKj berjaya mendapatkan sijil 5S pada tahun ini.

Polisi 5S

Mewujudkan kecemerlangan organisasi melalui tempat kerja yang bersih, selamat dan kondusif selaras dengan persekitaran berkualiti (5S).

Tengok tu...khusyuk betul


Kerjasama yang terbaik, tolong-menolong amalan mulia bak kata orag tua-tua





kot boleh jadi ilham penjawat awam kat luar sana mau guna idea ni,,,sila kan




Dasar Keselamatan ICT MPKj

Isu Keselamatan ICT MPKj



Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sangat menitikberatkan isu keselamatan ICT di MPKj. Berikut adalah serba sedikit informasi berkenaan dasar keselamatan yang diperaktikkan di MPKj untuk rujukan dan maklumat umum.

PENGENALAN

Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). 

Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di MPKj mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MPKj. OBJEKTIF Dasar Keselamatan ICT MPKj diwujudkan untuk memastikan tahap keselamatan ICT MPKj terurus dan dilindungi bagi menjamin kesinambungan urusan MPKj dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. 

Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MPKj. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi. 

Objektif utama Dasar Keselamatan ICT MPKj ialah: 

a. Memastikan kelancaran operasi MPKj dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan; 
b. Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan 
c. Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT kerajaan. 

PERNYATAAN DASAR 

Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Penjagaan keselamatan adalah suatu proses yang berterusan. Ia melibatkan aktiviti berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan kerana ancaman dan kelemahan sentiasa berubah. 

Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan. Keselamatan ICT berkait rapat dengan perlindungan aset ICT. Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu: 

a. Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah; 
b. Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna; 
c. Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan 
d. Memastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat dari sumber yang sah. 

Dasar Keselamatan ICT MPKj merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik bertujuan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Ciri-ciri utama keselamatan maklumat adalah seperti berikut: 

a. Kerahsiaan - Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan diakses tanpa kebenaran;
b. Integriti - Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemas kini. Datanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan; 
c. Tidak Boleh Disangkal - Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal; 
d. Kesahihan - Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya; dan 
e. Ketersediaan - Data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa. 

Selain dari itu, langkah-langkah ke arah menjamin keselamatan ICT hendaklah bersandarkan kepada penilaian yang bersesuaian dengan perubahan semasa terhadap kelemahan semula jadi aset ICT; ancaman yang wujud akibat daripada kelemahan tersebut; risiko yang mungkin timbul; dan langkah-langkah pencegahan sesuai yang boleh diambil untuk menangani risiko berkenaan.

Dasar ini meliputi semua sumber atau aset ICT yang digunakan seperti: 

1. Perkakasan 
- Semua aset yang digunakan untuk menyokong pemprosesan maklumat dan kemudahan storan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Contoh peralatan adalah seperti komputer, pelayan, firewall, pencetak, peralatan media, peralatan komunikasi dan alat-alat prasarana seperti Uninterruptible Power Supply (UPS) dan sebagainya. 

2. Perisian 
- Program, prosedur atau peraturan yang ditulis dan dokumentasi yang berkaitan dengan sistem pengoperasian komputer yang disimpan di dalam sistem ICT. Contoh aplikasi atau perisian sistem seperti sistem pengoperasian, sistem pangkalan data, perisian sistem rangkaian, atau aplikasi pejabat yang menyediakan kemudahan pemprosesan maklumat kepada Majlis Perbandaran Kajang. 

3. Perkhidmatan 
- Perkhidmatan atau sistem yang menyokong aset lain untuk melaksanakan fungsi-fungsinya. Contoh: i) Perkhidmatan rangkaian seperti LAN, WAN dan lain-lain; ii) Sistem halangan akses seperti sistem kad akses; dan iii) Perkhidmatan sokongan seperti kemudahan elektrik, penghawa dingin, sistem pencegah kebakaran dan lain-lain. 

4. Data dan maklumat 
- Koleksi fakta-fakta dalam bentuk kertas atau mesej elektronik, yang mengandungi maklumat-maklumat untuk digunakan bagi mencapai misi dan objektif MPKj. Contohnya sistem dokumentasi, prosedur operasi, rekod-rekod, profil-profil pelanggan, pangkalan data dan fail-fail data, maklumat-maklumat arkib dan lain-lain. 

5. Manusia 
- Semua pengguna infrastruktur ICT MPKj yang dibenarkan, termasuk kakitangan, pengguna dan pembekal. Individu yang mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan skop kerja harian MPKj bagi mencapai misi dan objektif jabatan. Individu berkenaan merupakan aset berdasarkan kepada tugas-tugas dan fungsi yang dilaksanakan. 

6. Media Storan 
Semua media storan dan peralatan yang berkaitan seperti disket, storan mudah alih, kartrij, CD-ROM, pita, cakera, pemacu cakera, pemacu pita dan lain-lain. 

7. Media Komunikasi 
- Semua peralatan berkaitan komunikasi seperti pelayan rangkaian, gateway, bridge, router, peralatan PABX, wireless LAN, peralatan video conferencing, kabel rangkaian, switches, hub dan lain-lain. 

8. Dokumentasi 
Semua dokumen (prosedur dan manual pengguna) yang berkaitan dengan aset ICT, pemasangan dan pengoperasian peralatan dan perisian, sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan elektronik.

PRINSIP-PRINSIP 

Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT MPKj dan perlu dipatuhi adalah seperti berikut: 

1. Akses Atas Dasar Perlu Mengetahui 

Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar “perlu mengetahui” sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut. 

2. Hak Akses Minimum 

Hak akses pengguna hanya diberikan pada tahap yang paling minimum iaitu untuk membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan adalah perlu membolehkan pengguna mewujud, menyimpan, mengemas kini, mengubah atau membatalkan sesuatu maklumat. Hak akses adalah dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab pengguna/bidang tugas. 

3. Akauntabiliti 

Semua pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua tindakannya terhadap aset ICT MPKj. 

4. Pengasingan 

Tugas mewujud, memadam, kemas kini, mengubah dan mengesahkan data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau dimanipulasi. Pengasingan juga merangkumi tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian.

5. Pengauditan 

Pengauditan adalah tindakan untuk mengenal pasti insiden berkaitan keselamatan atau mengenal pasti keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan. Oleh yang demikian, aset ICT seperti komputer, pelayan(server), router, firewall, IPS, Antivirus, pencetak dan rangkaian hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan keselamatan atau audit trail. 

6. Pematuhan 

Dasar Keselamatan ICT MPKj hendaklah dibaca, difahami oleh semua lapisan kakitangan dan dipatuhi bagi mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan ICT. 

7. Pemulihan 

Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan kebolehcapaian. Objektif utama adalah untuk meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh dilakukan melalui aktiviti penduaan (backup) dan pengwujudan pelan pemulihan bencana/kesinambungan perkhidmatan. 

8. Saling Bergantungan 

Setiap prinsip di atas adalah saling lengkap melengkapi dan bergantung antara satu sama lain. Dengan itu, tindakan mempelbagaikan pendekatan dalam menyusun dan mencorakkan mekanisme keselamatan ICT di MPKj adalah perlu bagi menjamin keselamatan ICT yang maksimum di MPKj.

PENILAIAN RISIKO KESELAMATAN ICT

MPKj hendaklah mengambil kira kewujudan risiko ke atas aset ICT akibat dari ancaman dan vulnerability yang semakin meningkat hari ini. Justeru itu MPKj perlu mengambil langkah-langkah proaktif dan bersesuaian untuk menilai tahap risiko aset ICT supaya pendekatan dan keputusan yang paling berkesan dikenal pasti bagi menyediakan perlindungan dan kawalan ke atas aset ICT. MPKj hendaklah melaksanakan penilaian risiko keselamatan ICT secara berkala dan berterusan bergantung kepada perubahan teknologi dan keperluan keselamatan ICT. Seterusnya mengambil tindakan susulan dan/atau langkah-langkah bersesuaian untuk mengurangkan atau mengawal risiko keselamatan ICT berdasarkan penemuan penilaian risiko. 

Penilaian risiko keselamatan ICT hendaklah dilaksanakan ke atas sistem maklumat MPKj termasuklah aplikasi, perisian, pelayan, rangkaian dan/atau proses serta prosedur. Penilaian risiko ini hendaklah juga dilaksanakan di premis yang menempatkan sumber-sumber teknologi maklumat termasuklah pusat data, bilik media storan, kemudahan utiliti dan sistem-sistem sokongan lain. MPKj bertanggungjawab melaksanakan dan menguruskan risiko keselamatan ICT selaras dengan keperluan Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam. 

MPKj perlu mengenal pasti tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan risiko berlaku dengan memilih tindakan berikut: 

a. mengurangkan risiko dengan melaksanakan kawalan yang bersesuaian; 

b. menerima dan/atau bersedia berhadapan dengan risiko yang akan terjadi selagi ia memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pengurusan agensi; 

c. mengelak dan/atau mencegah risiko dari terjadi dengan mengambil tindakan yang dapat mengelak dan/atau mencegah berlakunya risiko; dan 

d. memindahkan risiko ke pihak lain seperti pembekal, pakar runding dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. 

Sumber rujukan : DASAR KESELAMATAN ICT MPKj  ( www.mpkj.gov.my )

Apa gayanya si bucuk jadi katun

Takut tapi nak jugak main...ish ish. Ha kan dah dikatunkan.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tempat Mencari Rezeki Bersama-sama Staff Jabatan Pelesenan dan Penjaja.

Sambutan Raya Terbaik JPDP setakat ini. Terbaiklah staff lesen, kerjasama yang jitu pada tahun ini. #kipidap

Gambar beramai-ramai bersama bos-bos dan staff lesen



Orang kuat ni

Makan durian dengan big boss

Bersama touke ayam haha























macam pelamin orang kahwin dah ni